Penganggur dituduh bunuh rakan di pondok kosong - Utusan Malaysia

Penganggur dituduh bunuh rakan di pondok kosong

Mohd. Izuan Ismail yang didakwa membunuh rakannya dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya di sebuah pondok kosong di Jalan Gangsa di sini pada 18 November lalu.

Tertuduh, Mohd. Izuan Ismail, 32, kelihatan tenang dan mengangguk faham pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun tiada pengakuan direkodkan mahkamah.

Penganggur itu didakwa membunuh Razali Keria, 35, di pondok kosong di belakang sebuah kedai tayar di Jalan Gangsa di sini pada pukul 12 tengah hari pada 18 November lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh membunuh mangsa dengan menikam dada kiri mangsa dengan sebilah pisau.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Dalilah Khalid di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd. Noor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir dalam satu kenyataan hari ini berkata, polis telah menangkap tujuh orang membabitkan empat lelaki tempatan, dua lelaki Rohingya dan seorang perempuan Melayu pada 23 November lalu.

“Kesemua tangkapan berumur antara 30-an hingga 40-an yang mempunyai beberapa rekod lampau jenayah dan dadah.

“Hasil siasatan telah berjaya menyelesaikan kes apabila salah seorang tangkapan itu akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya