Penerima bantuan persekolahan LZS meningkat - Utusan Malaysia

Penerima bantuan persekolahan LZS meningkat

SAIPOLYAZAN M. Yusop (tengah) bersama beberapa pelajar merupakan penerima bantuan persekolahan Lembaga Zakat Selangor (LZS) ketika program agihan bantuan persekolahan LZS sesi 2021 di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jumlah penerima bantuan persekolahan Lembaga Zakat Selangor (LZS) mencatat peningkatan daripada 65,000 pelajar sekolah tahun lalu kepada 70,258 pelajar tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata, peningkatan jumlah penerima bantuan itu berlaku disebabkan ramai keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Sebanyak RM34.6 juta wang zakat diperuntukkan tahun ini bagi membantu kesemua penerima bantuan persekolahan tersebut.

“Kita menerima banyak permohonan bantuan, namun sebelum meluluskannya, LZS melakukan tapisan bagi memastikan mereka yang berkelayakan sahaja menerimanya,” katanya dalam sidang akhbar selepas program agihan bantuan persekolahan LZS sesi 2021 di Ibu pejabat LZS di sini hari ini.

Saipolyazan berkata, para penerima bantuan diberikan bantuan yuran persekolahan di antara RM100 hingga RM250 seorang yang diserahkan melalui tiga kaedah iaitu kredit ke akaun bank, baucar tunai dan secara tunai bagi kes tertentu.

“Mereka juga menerima bantuan keperluan peralatan sekolah iaitu RM170 untuk pelajar sekolah kebangsaan, RM150 (sekolah rendah agama) dan RM200 sekolah menengah kebangsaan serta sekolah menengah agama yang menggunakan sistem penebusan tanpa tunai iaitu wang dimasukkan ke dalam Mykad penerima.

“Oleh demikian, kita menyeru mereka yang berkelayakan membayar zakat supaya dapat berbuat demikian supaya LZS dapat membantu lebih ramai asnaf serta fakir di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan, Azli Ibrahim, 43, berkata, dia amat memerlukan bantuan itu bagi persediaan sesi persekolahan tiga anaknya tahun depan.

Dia yang bekerja sebagai peniaga burger berkata, pendapatannya terjejas sebanyak 50 peratus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Mac lalu.

“Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya dalam membeli kelengkapan persekolahan anak-anak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya