Penduduk Terengganu paling banyak berbelanja beli kuih-muih - Utusan Malaysia

Penduduk Terengganu paling banyak berbelanja beli kuih-muih

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jika anda ada hasrat hendak jual aneka jenis kuih-muih dan roti canai, mungkin Terengganu sesuai dijadikan tapak awal untuk mula usaha perniagaan makanan tersebut.

Apa tidaknya, sejumlah 1.2 juta rakyat negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia itu didapati paling banyak berbelanja bagi membeli kuih dan roti termasuklah makanan popular, roti canai.

Penemuan ini berdasarkan hasil kajian dan kemudiannya diterbitkan menerusi Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini.

Agensi itu melaporkan, secara purata, rakyat Malaysia sedia menghabiskan pendapatan bulanan mereka bagi tujuan berkenaan sebanyak RM57.82 dan Terengganu paling tinggi.

Penduduk negeri itu setiap bulan menurut data DOSM, sanggup berbelanja RM98.82 dan secara kebetulan, Terengganu juga memang terkenal dengan aneka kuih-muih di Malaysia.

Tidak ketinggalan, negeri berkenaan sebenarnya turut mempunyai banyak kilang dan kedai roti yang majoriti besarnya diusahakan peniaga Bumiputera selain lambakan gerai roti canai.  

Ini disusuli warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan RM87.16, Kelantan (RM85.22), Melaka (RM76.65), Selangor (RM71.35), Pulau Pinang (RM56.59) dan Pahang (RM52.52).

Sementara paling kurang ialah Sarawak (RM34.10), Sabah (RM37.28), Johor (RM42.49), Negeri Sembilan (RM43.78),  Perak (RM46.15) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (RM46.61).

Juga diikuti rakyat di negeri Kedah (RM47.66), Wilayah Persekutuan Labuan (RM50.38) dan Perlis (RM51.69). DOSM pada masa sama turut menerbitkan data untuk isi rumah bandar.

Secara purata, penduduk kawasan perbandaran di seluruh negara berbelanja lebih banyak untuk beli kuih dan roti iaitu RM61.07 dengan Terengganu terus kekal sebagai paling tinggi.

Warga bandar negeri itu didapati menghabiskan purata sebulan RM106.76 diikuti jirannya, Kelantan (RM90.41), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM87.16) dan  Melaka (RM77.32).

Ini disusuli penduduk urban di Selangor iaitu RM72.35, Pulau Pinang (RM57.02), Pahang (RM54.84), Perlis (RM52.87), Wilayah Persekutuan Labuan (RM52.10) dan Kedah (RM49.98).

Manakala paling kurang di Sarawak (RM39.62), diikuti Sabah (RM40.68), Johor (RM43.21), Negeri Sembilan (RM44.60), Perak (RM46.60) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (RM46.61).

Uniknya, penduduk luar bandar di Terengganu turut kekal paling banyak berbelanja untuk tujuan sama iaitu RM81.71, sekali gus mengatasi purata peringkat nasional sebanyak RM45.11.

Ini diikuti pula oleh warga desa di negeri tetangganya, Kelantan (RM79.51), Melaka (RM63.35), Selangor (RM55.10), Perlis (RM49.20), Pahang (RM48.71) dan Pulau Pinang (RM45.56).

Rekod sama turut dipegang Sarawak apabila penduduk luar bandar di negeri tersebut kurang berbelanja untuk membeli kuih dan roti iaitu secara purata hanya RM27.07 pada setiap bulan.

Ini juga disusuli jirannya, Sabah (RM31.49), Wilayah Persekutuan Labuan (RM34.66), Johor (RM39.63), Negeri Sembilan (RM41.07), Kedah (RM42.10) dan Perak (RM44.26). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya