Penduduk PKPD 'gerun' tengok kelibat dron polis - Utusan Malaysia

Penduduk PKPD ‘gerun’ tengok kelibat dron polis

SHAFIEN Mamat (kiri) meluangkan masa menziarahi pesara polis yang uzur di Kampung Padang Sakar, Kota Bharu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Warga Madrasah Ad-Diniah Al Falahiah di Kampung Dalam Huma, Pasir Puteh serta penduduk berhampiran pondok itu menunjukkan tahap disiplin amat baik sejak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di situ bermula 6 Disember lalu.

Menurut Ketua Polis negeri, Deputi Komisioner Shafien Mamat, hasil pemantauan dari udara menggunakan dron, pihaknya mendapati tiada pergerakan keluar masuk rumah yang tidak perlu oleh warga pondok dan penduduk kampung sekitar.

Menurutnya, kerjasama baik daripada semua pihak dalam usaha memutuskan rantaian panularan Covid-19 di kawasan itu wajar mendapat pujian.

“Saya ucapkan tahniah kepada warga madrasah dan penduduk setempat yang cukup patuh kepada arahan ketika PKPD.

“Kita harap penduduk akan terus mematuhi peraturan ditetapkan sehingga PKPD ditamatkan pada 20 Disember depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau turun padang menyampaikan bantuan dan menziarahi pesara polis Abdul Wahab Mat Seh, 74, yang diserang angin ahmar di Kampung Padang Sakar.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah.

Shafien dalam pada itu memberitahu, pemantauan pergerakan menggunakan dron akan terus dijalankan di situ sehingga PKPD tamat.

Katanya, kehadiran dron polis mengawasi kawasan tersebut dilihat berjaya mengundang brasa ‘gerun’ dalam kalangan penduduk.

Sehingga pukul 12 tengah hari semalam, terdapat pertambahan 11 kes positf Covid-19 yang baharu dalam Kluster Huma dengan kes terkumpul di kawasan itu kini mencecah 71 pesakit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya