Penduduk bantah pembinaan kolumbarium: - Utusan Malaysia

Penduduk bantah pembinaan kolumbarium:

KHAIRUL Shah (tiga kiri) menyerahkan memorandum bantahan kepada Norfiza (tiga kanan) ketika mengadakan bantahan di pekarangan MPK, Klang, Selangor hari ini. -UTUSAN/NOR AZIHAN MD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lebih 1,000 penduduk Taman Bukit Lipat Kajang di sini membantah pembinaan kolumbarium (tempat letak abu mayat) setinggi lima tingkat di Lot 1092 kerana kedudukannya yang terlalu hampir dengan kediaman penduduk.

Malah, pembinaan kolumbarium itu didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan beberapa jabatan lain yang terlibat. 

Wakil penduduk, Khairul Shah Abdullah berkata, pihaknya kecewa apabila bantahan yang pernah dilakukan sejak 2016 tidak diendahkan, bahkan sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.

Menurut Khairul Shah, semakan dilakukan pihaknya mendapati kedudukan bangunan yang bakal dibina dengan kediaman penduduk hanyalah dalam 14 meter sahaja sedangkan jarak yang dibenarkan pihak berkuasa adalah 40 meter. 

“Pembinaan bangunan ini terlalu hampir dengan kediaman penduduk dan mewujudkan rasa tidak selesa antaranya kesesakan lalu lintas, gangguan bunyi dan gangguan emosi daripada segi kepercayaan agama serta hak individu kepada penduduk kelak.

“Penduduk mencadangkan pemindahan kolumbarium ini ke tanah milik persatuan yang lain di Meru yang dilihat lebih sesuai dan jauh daripada perumahan penduduk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Khairul Shah bersama bersama beberapa penduduk hadir bagi menyerahkan memorandum bantahan berkenaan pembinaan kolumbarium itu kepada Yang Dipertua MPK yang diterima Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz. 

Mengulas lanjut, Khairul Shah berkata, pembinaan kolumbarium itu tidak sesuai di kawasan perumahan penduduk khususnya di kawasan bandar. 

“Keadaan akan jadi tidak terkawal terutamanya ketika perayaan Qing Ming pada setiap tahun yang mana kira-kira 40,000 kenderaan milik penganut Buddha akan diparkir di kawasan perumahan ini. 

“Kehadiran mereka ini jelas akan mengganggu kehidupan penduduk yang majoritinya beragama Hindu. Masyarakat harus ingat, isu agama ini sangat sensitif dan semua pihak perlu menghormati satu sama lain,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Shah turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang akan mengadakan mesyuarat berhubung pembinaan struktur itu pada Selasa hadapan tanpa memanggil wakil penduduk. 

“Kita kesal apabila mereka hanya menjemput wakil-wakil persekutuan dan MPK termasuk melantik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim selaku pengerusi mesyuarat. 

“Pelantikan ini bertentangan dengan Kanun Tanah Negara, yang mana ahli politik tidak dibenarkan menjadi pengerusi mesyuarat berkenaan pembinaan berkaitan tanah. Oleh demikian, kita akan melakukan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin hadapan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya