Pemuda disahkan hidap sawan perlu bantuan - Utusan Malaysia

Pemuda disahkan hidap sawan perlu bantuan

MOHD. Sofian yang disahkan menghidapi penyakit epilepsi kini terlantar atas katil di rumahnya di Taman Bahagia, Api-Api, Pontian. -UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN : Seorang bekas pekerja hotel yang mengalami sawan pada dua bulan lalu kini hanya terlantar di atas katil setelah disahkan menghidapi penyakit epilepsi.

Mohd. Sofian Ma’rop, 31, kini dijaga adiknya, Nurul Syahirah Adibah Ma’rop, 29, di Taman Bahagia, Api-Api setelah sebulan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HAS ) Johor Bahru.

Menurut Nurul Syahirah, dia dan suami, Mohd. Shariff Mislan kini mengalas tanggungjawab menjaga abangnya yang sebelum ini pernah berkerja di sebuah hotel namun berhenti selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Segala penjagaan kini termasuk urusan perbelajaan ditanggung kami sekeluarga.

“Oleh itu, kami sedang menunggu bantuan pertama Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mula buat pembayaran pada Januari depan sebanyak RM350 sebulan,” ujarnya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya, abangnya kini bergantung kepada susu formula berharga RM71 sebagai ganti makanan dan yang hanya dapat bertahan selama dua hari.

“Dalam sebulan abang memerlukan 15 tin susu formula dan dia memerlukan perbelajaan lampin pakai buang sebanyak 12 hingga 14 bungkus sebulan,” katanya.

Tambah Nurul Syahirah, ibunya, Rohaidah Abd. Rahim, seorang ibu tunggal yang tinggal di Batu 36 turut membantu menjaga anak kedua daripada lima beradik itu.

Selain susu formula dan lampin pakai buang, dia juga menanggung perbelajaan penghantaran abangnya untuk rawatan susulan di HSA dengan menyewa ambulans sebanyak RM350 untuk sehari.

Tambahnya, bayaran perkhidmatan fisioterapi sebanyak RM70 setiap kali datang ke rumahnya selain kos ubat-ubatan.

“Abang menggunakan katil yang dipinjamkan daripada saudara terdekat selain mesin menyedut kahak sumbangan Baitumal Daerah Pontian,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan kehidupan keluarga ini boleh menghubungi Nurul Syahirah Adibah di talian 0173879875 atau akaun bank Maybank 151025825068. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya