Pemilik, pengusaha degil: MPK roboh struktur bangunan tanpa kelulusan

Pemilik, pengusaha degil: MPK roboh struktur bangunan tanpa kelulusan

AHMAD Fadzli (kiri) mendengar penerangan daripada Jabatan Penguat kuasa MPK di Lot 4911, Jalan Teratai off Jalan Meru, Klang, Selangor hari ini. - IHSAN MPK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Walaupun notis telah diberikan sebanyak dua kali, namun pemilik tanah di Lot 4911, Jalan Teratai off Jalan Meru seakan-akan kebal dan tidak mengendahkan langsung amaran diberikan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Namun, kedegilan pemilik tanah yang melakukan kesalahan dengan membina struktur bangunan tanpa kelulusan membawa padah apabila MPK melakukan perobohan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengatakan berkenaan aktiviti perniagaan warga asing di kawasan tersebut.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pihaknya telah melakukan sitaan barangan terhadap premis yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen selain menyita empat buah rumah empat buah rumah kediaman yang telah disalah guna pada 24 September lalu.

“Malah, susulan serbuan di atas, kita telah melakukan sitaan terhadap sembilan lagi buah rumah yang telah disalah guna kepada aktiviti perniagaan. Antara kesalahan yang dilakukan ialah mendirikan struktur bangunan tanpa kelulusan dan kita telah memberikan notis pertama yang telah diserahkan kepada pemilik tanah dan pengusaha premis tersebut pada 5 Oktober lalu.

“Bagaimanapun, mereka gagal mematuhi arahan notis pertama dan notis kedua telah diberikan supaya mereka mengosongkan dan merobohkan struktur bangunan tanpa kelulusan. Namun, mereka masih ingkar dan tidak mengendahkan notis diberikan sehingga tamat tempoh pada Jumaat lalu.

“Oleh demikian, kita telah mengambil tindakan perobohan struktur bangunan tanpa kelulusan susulan pemilik tanah dan pengusaha premis gagal mematuhi arahan notis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan kebanyakannya mereka menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen seperti kedai makan dan kedai runcit. 

Mengulas lanjut, Ahmad Fadzli berkata, perobohan itu bagi memberikan pengajaran kepada mana-mana warga daerah ini supaya menghormati peruntukan perundangan yang telah ditetapkan MPK. 

“Kita mengingatkan semua pemilik tanah dan premis sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada dengan mendapatkan kelulusan Perancangan dan Pelan Bangunan terlebih dahulu sebelum mendirikan apa-apa struktur bangunan dijalankan mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya