Pembantu Perikanan gagal beri penjelasan wang lebihan RM368,162

Pembantu Perikanan gagal beri penjelasan wang lebihan RM368,162

MOHD. Zainal Murad @ Jusoh dibawa anggota polis selepas gagal memberikan penjelasan berhubung pemilikan wang lebihan berjumlah lebih RM300,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang Pembantu Perikanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki lebihan wang melebihi RM300,000 tanpa alasan memuaskan, awal tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Zainal Murad, 50, sebagai Pembantu Perikanan Pengurusan Sumber, Jabatan Perikanan Negeri Perlis didakwa tidak dapat memberikan penjelasan memuaskan berhubung pemilikan wang lebihan sebanyak RM368,162.98 melebihi gaji bulannya yang disimpan di akaun-akaun bank dan secara tunai.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 30 Januari lalu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lot 7G1, No. 2 Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 36(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Maziah Mohaide mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu agar jumlah tersebut dikurangkan atas alasan dia menghidap pelbagai penyakit termasuk darah tinggi dan sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Kangar, Perlis.

“Saya juga digantung kerja sejak Februari lalu dan perlu menanggung tiga anak serta isteri yang tidak bekerja. Sebelum ini saya sudah mengaku bersalah di Mahkamah Kangar dan didenda atas kesalahan SPRM,” katanya.

Hakim Rozina Ayob selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua pihak menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu dilarang ke luar negara sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Januari 2021 untuk sebutan semula kes dan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya