Pemandu mabuk didenda RM4,500 - Utusan Malaysia

Pemandu mabuk didenda RM4,500

S. SIVA Nathan (tengah) denda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Maran selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seorang lelaki didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Maran selepas mengaku salah memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Norzamri Abd. Rahman berkata, tertuduh, S. Siva Nathan, 26, dihadapkan ke mahkamah pada 4 Disember lalu dan disiasat di bawah Seksyen 45(A)(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Jelasnya, lelaki berkenaan ditahan dalam Operasi Pencegahan Jenayah di sekitar Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini pada 17 Oktober lalu.

“Dalam operasi pukul 2.04 petang itu, anggota polis bertugas menahan sebuah Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun kerana memandu dalam pengaruh alkohol. 

“Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan lelaki itu terdapat bau arak yang sangat kuat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Norzamri berkata, ia merupakan kes pertama di daerah ini yang mana berjaya mengambil tindakan ke atas pemandu mabuk.

Tegas beliau, polis Maran komited menjalankan operasi pembanterasan pemandu mabuk yang akan dijalankan sepanjang tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya