Pemandu lori maut tersepit - Utusan Malaysia

Pemandu lori maut tersepit

MANGSA yang maut akibat tersepit antara dua buah lori di RnR Kulai, Johor. Gambar: Bomba Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang pemandu lori maut akibat tersepit antara dua lori dalam kejadian berlaku di Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Kulai arah utara di sini hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Abd. Malik Abd. Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.25 tengah hari.

Jelasnya, enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa, Suhaimi Abd. Rahim tersepit antara dua buah lori melibatkan lori jenis Mitsubishi Fuso dan lori Hicom.

“Ketika kejadian, mangsa yang merupakan pemandu lori Mitsubishi Fuso sedang cuba menyendal tayar lorinya dengan sebatang kayu bagi mengelakkan ia mengundur ke belakang kerana masalah brek.

“Mangsa bagaimanapun tersepit antara dua buah lori itu dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tersebut kemudiannya ditamatkan pada pukul 2.21 petang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya