Pemancing terkejut temukan mayat - Utusan Malaysia

Pemancing terkejut temukan mayat

ANGGOTA bomba membawa keluar mayat ditemui berhampiran jeti di Sungai Bilah, Bukit Gambir, Tangkak, Johor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Pemancing terkejut apabila menemukan satu mayat dipercayai lelaki warga emas terlangkup dalam lumpur dalam satu kejadian berhampiran jeti di Sungai  Bilah, Bukit Gambir, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, lelaki itu yang datang seorang diri ke kawasan berkenaan pada mulanya ingin meninjau paras air bagi tujuan memancing keesokan paginya.

“Pemancing itu kemudian melihat badan di dalam Sungai Bilah dan kemudiannya menghubungi pihak polis. Bertindak atas laporan, pihak polis kemudiannya datang untuk menyiasat sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir bagi membantu menarik keluar mayat.

“Jarak mayat dengan jeti adalah lebih kurang 10 kaki. Berdasarkan siasatan awal oleh pegawai penyiasat di lokasi kejadian, kematian mangsa tiada sebarang unsur atau tanda jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, polis turut menemukan dompet mengandungi wang ringgit dan kad pengenalan mangsa yang berusia 72 tahun berhampiran jeti selain sebuah motosikal  jenis Modenas Kriss yang digunakan mangsa untuk ke lokasi berkenaan.

“Sebelum kejadian, beberapa saksi lain mendakwa melihat si mati datang ke jeti sekitar dua ke tiga hari lepas pada sebelah petang. Polis telah pergi ke alamat rumah seperti dalam kad pengenalan si mati, jirannya menyatakan mangsa tinggal seorang diri dan tidak berkahwin.

“Mayat dibawa ke hospital Tangkak dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat lemas. Pada pukul 8 pagi tadi, suami kepada anak saudara si mati telah membuat laporan polis dan mengecam bahawa si mati adalah bapa saudaranya,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Nurashid Mamat berkata, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu membawa keluar mayat yang dikenali sebagai Lai Sze Tee dari lumpur. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya