Pelindung muka ganti pelitup muka - Utusan Malaysia

Pelindung muka ganti pelitup muka

DR. Aminuddin Hassim melihat pelan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negeri (PRABN) menerusi paparan monitor yang disediakan di Stesen Aras Air Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Tambatan Diraja, Kota Bharu hari ini.-UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedang mempertimbangkan penggunaan pelindung muka (face shield) bagi menggantikan pelitup muka yang dipakai petugas ketika menyelamatkan mangsa banjir.

Menurut Ketua Pengarah Nadma, Datuk Dr. Aminuddin Hassim, cadangan tersebut rasional memandangkan penggunaan pelitup muka dilihat menimbulkan kesukaran terutama ketika hujan.

“Tahun ini bencana dalam bencana kerana ketika banjir kita turut berdepan dengan Covid-19 yang memerlukan semua pihak mengutamakan perlindungan diri.

“Ketika anggota penyelamat bertugas, tanpa sedar pelitup muka mereka tertanggal, basah akibat hujan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Aminuddin melawat Depoh Simpanan Keperluan Bencana di Taman Kemumin, Pengkalan Chepa dan Stesen Aras Air Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Tambatan Diraja, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal; Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Zainuddin Hussin dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, cadangan pemakaian pelindung muka itu akan diperhalusi memperhalusi selepas mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri Terengganu dan Pahang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, bagi melancarkan pengurusan banjir, Nadma menyalurkan RM50,000 kepada kerajaan negeri, RM20,000 kepada setiap daerah dan RM20,000 kepada Setiausaha Sekretariat Bencana APM.

“Dari segi logistik, sebanyak 6,800 kelengkapan dan peralatan sudah disediakan termasuk bot dan kenderaan seperti lori,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya