Pelantikan Exco dari Pas bergantung perkenan Sultan Perak - Utusan Malaysia

Pelantikan Exco dari Pas bergantung perkenan Sultan Perak

SAARANI Mohamad memulakan tugas Menteri Besar di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pelantikan Exco kerajaan negeri yang baharu dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas bergantung kepada perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, beliau hanya mencadangkan nama kepada Sultan Perak, namun hak mutlak untuk memberikan perkenan lantikan adalah kuasa baginda.

“Lima lagi jawatan Exco akan dipenuhkan apabila tiba masanya. Kita akan penuhkan jawatan itu seperti sebelum ini.

“Cuma harus diingat Menteri Besar hanya boleh mencadangkan nama namun hak mutlak untuk memperkenankan cadangan itu dan pelantikannya adalah Sultan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Saarani mengulas mengenai ketiadaan ADUN Pas yang dilantik dalam kalangan lima Exco semalam selepas beliau mengangkat sumpah jawatan menteri besar.

Ditanya sama ada beliau turut mempersembahkan nama ADUN dari Pas untuk lantikan Exco kepada Sultan Perak semalam, Saarani berkata, beliau hanya menghantar lima nama kepada baginda.

“Saya mencalonkan lima nama (kepada Sultan Perak) semalam dan diterima. Yang berikutnya (lantikan lima lagi exco) kemudian,” katanya.

Ditanya kemungkinan ada lagi ADUN Bersatu yang akan dilantik selepas ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, Saarani berkata, perkara itu tidak boleh diumumkan sekarang.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau akan mengekalkan barisan Exco seperti sebelum ini, Saarani berkata, beliau akan mengkaji perkara itu.

“Kita akan buat kajian kesesuaiannya, mungkin ada pengubahsuaian kepada portfolio yang dipegang bagi tujuan perbaiki kelemahan jika ada dalam tempoh sembilan bulan yang lalu,” katanya.

Daripada lima Exco yang dilantik semalam, tiada lantikan melibatkan ADUN dari Pas.

Pelantikan melibatkan Zainol Fadzi yang juga Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Empat lagi ADUN yang mengangkat sumpah jawatan semalam merupakan merupakan Exco sebelum ini yang kesemuanya dari UMNO iaitu ADUN Lintang, Datuk Mohd. Zolkafly Harun; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, ADUN Kampong Gajah, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin dan ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed.

Ketika kemelut politik Perak sejak seminggu lalu, tiga ADUN Pas membatalkan rancangan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta di sini.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, keputusan berkenaan diambil atas arahan pucuk pimpinan parti.

Razman yang merupakan ADUN Semanggol merupakan antara dua Exco dari Pas dalam kerajaan sebelum ini selain ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamaruddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya