Pekerja pembersihan terkejut jumpa ular sawa dalam guni - Utusan Malaysia

Pekerja pembersihan terkejut jumpa ular sawa dalam guni

MOHD.  Sayuti Mohd. Daud  (kanan) dan rakan-rakannya menunjukkan seekor ular sawa batik yang ditemui terikat di dalam guni yang diletakkan di tepi sangkar sampah di Taman Serai Wangi, Kuala Ketil, Baling, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Disangkakan kucing, rupa-rupanya seekor ular sawa batik yang melingkar di dalam guni di tepi sangkar bahan buangan kitar semula di Taman Taman Serai Wangi, Kuala Ketil di sini semalam.

Pekerja E-Idaman cawangan Baling, Mohd. Sayuti Mohd. Daud, 41, berkata, dia dan rakan-rakannya terkejut apabila mendapati guni yang terikat kemas itu mengandungi seekor ular sawa sepanjang dua meter dengan berat hampir 20 kilogram.

“Biasanya pada pukul 10 pagi, saya dan rakan-rakan akan mengutip sampah di dalam tong-tong sampah dan sangkar kitar semula di kawasan yang telah dijadualkan.

“Saya kemudian ternampak satu guni yang diikat rapi diletakkan di luar sangkar kitar semula dan memegangnya sebelum ia bergerak-gerak,”  katanya ketika ditemui di Tapak Pelupusan Sampah Kampung Pulai di sini hari ini.

Katanya, dia pada mulanya menyangkakan guni itu mengandungi anak kucing atau anjing yang dibuang.

“Kami juga terfikir kalau-kalau ada yang buang bayi, tetapi selepas buka ikatan itu, kami terkejut apabila mendapati di dalamnya ada seekor ular sawa yang besar.

“Ular sawa itu dilihat dalam keadaan kekenyangan selain agak agresif sebelum mengikat semula guni itu kerana bimbang ia terlepas keluar dan mengancam keselamatan kami atau orang awam,” ujarnya.

Tambahnya, dia seterusnya membawa reptilia itu ke tapak pelupusan sampah untuk ditunjukkan kepada majikan dan seterusnya dihantar kepada Perhilitan untuk tindakan selanjutnya,” kata Mohd Sayuti.

Ular sawa yang kekenyangan itu didapati memuntahkan seekor ayam jantan  yang mungkin ditelannya sebelum ditangkap orang awam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya