Pekerja Myanmar maut dihempap kren - Utusan Malaysia

Pekerja Myanmar maut dihempap kren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang pekerja lelaki warga Myanmar maut selepas dihempap sebuah kren yang terbalik di sebuah kilang memproses besi di Kawasan Perindustrian Perai, di sini malam ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.20 malam tadi itu melibatkan mangsa berusia 30-an yang belum dikenal pasti identitinya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan dan mendapati seorang lelaki tersepit di bawah sebuah kren yang terbalik.

“Kren itu dipercayai mengalami kerosakan sebelum terbalik dan menghempap mangsa.

“Sehubungan itu, sebuah kren lain terpaksa digunakan bagi mengalihkan kren yang terbalik  sebelum mangsa dapat dikeluarkan,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Difahamkan ketika ini, usaha membawa keluar mangsa masih dijalankan dan operasi itu digerakkan oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya