Pekerja kilang maut motosikal terbabas - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut motosikal terbabas

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer 78.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Kilometer 78.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu berlaku ketika mangsa, Shahfuddin Jumaat, 23, dalam perjalanan pulang ke Karak selepas balik kerja. 

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai terbabas sendiri di kawasan jalan berselekoh ketika cuaca hujan.

“Akibat kejadian mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham, siasatan awal mendapati, semasa kejadian cuaca adalah hujan dan lokasi kejadian berselekoh.

Jelasnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksysn 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.

Sementara itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.

“Tumpukan perhatian ketika memandu atau menunggang kenderaan dan sila patuhi had laju ditetapkan serta sentiasa berhemah serta bertolak ansur pada setiap masa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya