Pejabat KWSP JB ditutup sementara mula hari ini - Utusan Malaysia

Pejabat KWSP JB ditutup sementara mula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bahru di sini akan ditutup sementara bermula hari ini bagi menjalani proses disinfeksi dan sanitasi.

Penutupan premis berkenaan difahamkan ekoran terdapat seorang kakitangan agensi itu yang didapati positif Covid-19.

KWSP dalam satu kenyataan bagaimanapun tidak memberitahu bilakah tarikh pembukaan semula pejabat tersebut.

“Penutupan premis ini berikutan arahan Kementerian Kesihatan bagi proses disinfeksi dan sanitasi.

“Ahli-ahli yang telah membuat temu janji pada hari ini dan dalam masa terdekat dinasihati untuk menjadualkan semula urusan mereka menerusi Janji Temu Online,” jelas kenyataan itu.

Menerusi kenyataan itu lagi, orang ramai masih boleh mengunjungi mana-mana pejabat KWSP lain di Johor yang masih beroperasi.

“Mereka juga boleh melakukan urusan tertentu secara atas talian melalui i-Akaun,” tambahnya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video menunjukkan seorang pegawai dipercayai pengawal keselamatan membuat pengumuman menggunakan pembesar suara di hadapan pintu masuk KWSP Johor Bahru.

“Terdapat anggota (kakitangan) KWSP positif Covid-19, anda tidak digalakkan berurusan di KWSP Johor Bahru,” katanya dalam rakaman video berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya