Pegawai polis wanita, suami positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Pegawai polis wanita, suami positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pegawai polis wanita dan suaminya dari dua Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini disahkan positif Covid-19.

Menurut Ketua Polis negeri, Deputi Komisioner Shafien Mamat, pegawai wanita berpangkat Inspektor berusia 33 tahun bertugas di IPD Tanah Merah manakala suaminya berusia 34 tahun di IPD Pasir Mas.

Katanya, pasangan itu dipercayai mendapat jangkitan selepas menjadi kontak rapat kepada pengasuh anak mereka yang didapati positif Covid-19.

“Punca jangkitan itu dikatakan daripada pengasuh anak mereka yang disahkan positif Covid-19 menerusi Kluster Mengketil.

“Hasil ujian sairngan di Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah semalam terhadap mereka mendapati pasangan berkenaan positif Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shafien dalam pada itu memberitahu, keempat-empat anak pasangan itu didapati negatif.

“Pasangan itu sudah dihantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan bersama kesemua anak-anak mereka yang masih kecil kerana tiada penjaga,” katanya.

Kelantan mencatatkan 142 kes aktif membabitkan empat kluster termasuk Kluster Mengketil, Kluster Kube, Kluster Cengal dan terbaharu, Kluster Hilir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya