PDRM siasat pemilik akaun Instagram hina Agong, bendera Malaysia - Utusan Malaysia

PDRM siasat pemilik akaun Instagram hina Agong, bendera Malaysia

HUZIR MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pemilik akaun Instagram @bukan_bangjago yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, lagu Negaraku dan bendera Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan telah menerima laporan polis terhadap pemilik akaun tersebut yang didapati memuat naik gambar YDPA yang telah disunting, lirik lagu Negaraku yang telah diubah suai dan bendera Malaysia dengan simbol komunis.

“Siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Huzir, orang ramai perlu menjadi pengguna media sosial yang bujak, berhemah dan tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran serta mengganggu-gugat keharmonian negara.

“Kita tidak akan berkompromi dengan perkara ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang sengaja mengancam ketenteraman serta keselamatan awam,” ujarnya.

Setakat pukul 8 malam ini, carian mendapati akaun Instagram tersebut masih aktif dan telah memuat naik 10 gambar YDPA dan bendera Malaysia yang telah disunting.

Akaun Instagram tersebut juga dihujani komen daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya menggesa tindakan diambil terhadap pemilik akaun tersebut kerana telah menghina institusi diraja dan kerajaan Malaysia.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya