PASU anjur lukis feri dalam feri - Utusan Malaysia

PASU anjur lukis feri dalam feri

SEORANG penggiat seni veteran, Osman Saiddin, 71, (duduk) kelihatan begitu teliti ketika menghasilkan lukisan feri di atas sebuah feri di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Persatuan Anak Seni Utara (PASU) hari ini mengambil inisiatif tersendiri dengan menganjurkan aktiviti melukis feri di atas feri bagi memastikan pengangkutan ikonik itu terus menjadi satu inspirasi kepada pelukis serta generasi muda khususnya di negeri ini.

Pengerusinya, Ahmad Zaini Zainul Abidin berkata, aktiviti yang julung kalinya diadakan itu disertai seramai 15 penggiat seni tempatan termasuk dari Perlis, Kedah dan Perak selain negeri ini.

Menurut Ahmad Zaini, projek berkenaan mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak pengurusan Prasarana Bhd. iaitu Rapid Penang, Penang Port Sdn. Bhd., Unit Butterworth Baharu di bawah Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) serta pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam.

“Kami  melihat reka bentuk feri Pulau Pinang ini sangat unik dan seharusnya menjadi subjek atau fokus dalam sesebuah karya seni mahupun fotografi.

“Jadi, mengapa harus kita tamatkan warisan ini sedangkan pengangkutan ikonik ini banyak memberi kenangan manis dan menjadi salah satu agenda wajib dalam senarai aktiviti pelancong yang berkunjung ke negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Zaini berkata, kerajaan sepatutnya mencontohi bandar-bandar terkemuka seperti Hong Kong dan Toronto di Kanada yang masih mengekalkan perkhidmatan feri asal sebagai pengangkutan alternatif selain daya tarikan pelancongan.

“PASU berharap ikon yang menjadi identiti Pulau Pinang ini tidak akan dilenyapkan semata-mata untuk mengejar kemajuan.

“Sejarah dan warisan (feri) ini sebenarnya akan melengkapkan personaliti sesebuah lokasi itu dan menjadikan keunikan ini hanya wujud di Pulau Pinang dan tidak boleh didapati di tempat lain,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya