Pastor OKU warga Korea dituduh cabul dua lelaki  - Utusan Malaysia

Pastor OKU warga Korea dituduh cabul dua lelaki 

LEE Jon Hoon, 55, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang pagi ini atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah dan mencabul dua lelaki orang kurang upaya (OKU) pada  2013 dan 2017. -UTUSAN/AMIR IRSYAD OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang pastor orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth di sini hari ini atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki pada 2013 dan 2017.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana ketiadaan juru bahasa Korea dan juru bahasa isyarat antarabangsa bagi membaca pertuduhan di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Jee Jong-hoon, 54, didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada dua lelaki yang kini berusia 28 dan 27 tahun dengan niat mencabul kehormatan.

Kesalahan itu masing-masing didakwa dilakukan kira-kira pukul 12.20 tengah malam pada Oktober 2013 dan 11 malam hingga 1 pagi pada Julai 2017.

Jong-hoon didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik di tingkat 11, Apartmen Seri Cemerlang, Kampung Paya, Butterworth di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlin Zeti Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam, G. Shanmugam dan Adlin Farhana.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan beserta dua penjamin.

18 Januari depan ditetapkan bagi tarikh sebutan semula kes untuk menyediakan jurubahasa isyarat antarabangsa dari Istana Kehakiman, Putrajaya. 

Difahamkan kedua-dua mangsa juga merupakan OKU pekak dan bisu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya