Pasar raya di Bahau musnah 50 peratus dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Pasar raya di Bahau musnah 50 peratus dalam kebakaran

ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang berlaku di sebuah pasar raya di Bahau dalam kejadian yang berlaku petang, semalam.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Sebuah pasar raya di Bahau dekat sini terbakar dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang semalam. 

Kebakaran berlaku di tingkat satu dan dua yang sekali gus memusnahkan kira-kira 50 peratus premis pasar raya tersebut.

Cawangan Pusat Gerakan Operasi Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Negeri Sembilan, Seremban 2 dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bahau telah menerima panggilan kecemasan dan tiba di lokasi kejadian yang terletak di Jalan Dato’ Besar, Pusat Perniagaan Bahau kira-kira pukul 4.41 petang.

“Setibanya jentera bomba, didapati kebakaran melibatkan bangunan pasaraya Econsave berkeluasan 225 kaki x 80 kaki terbakar di tingkat satu dan dua yang memusnahkan hampir 50 peratus dan dilaporkan tidak melibatkan mangsa dalam kejadian tersebut,” kata kenyataan itu.

Sebanyak tujuh buah jentera bomba enam balai bomba dari BBP Bahau, Kuala Pilah, Seri Jempol, Simpang Pertang, Senawang dan Seremban 2 dengan keanggotaan seramai 14 pegawai, 66 orang pegawai bomba dan 18 orang pegawai bomba bantuan terlibat dalam operasi pemadaman api.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 8.20 malam semalam dan pada pukul 12.23 tengah malam tadi komander operasi menemui punca kebakaran dari sebuah stor yang menyimpan pakaian serta barang-barang yang tidak diketahui. Pada pukul 2.23 pagi, asap tebal memenuhi ruang premis dan bantuan dari balai-balai lain telah dimohon,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, tugas tugas pemugaran memusnahkan api tersebut telah dilakukan dan akan berjalan sehingga selesai. -HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya