Pas larang ahli keluarkan kenyataan  - Utusan Malaysia

Pas larang ahli keluarkan kenyataan 

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas melarang mana-mana ahlinya untuk mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum terutamanya media bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau ketidakjelasan tentang perancangan parti di tengah-tengah situasi politik tanah air masih kabur. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi parti daripada pimpinan tertinggi iaitu Presidennya, Hadi Abdul Awang; Timbalan Presiden, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Takiyuddin. 

“Dalam suasana politik yang tidak menentu sekarang ini, lebih-lebih dalam keadaan wabak, Pas mengambil sikap untuk menyatukan semua kenyataan orang-orang tertentu sahaja yang akan memberikan kenyataan,” katanya kepada media pada sesi Dialog Bersama Media ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Dalam sesi dialog tengahari tadi, media diberikan peluang dan ruang untuk bertanyakan pelbagai soalan berkenaan hal politik semasa. 

Sementara itu, Takiyuddin menafikan tindakan partinya selama ini yang jarang memberi sebarang kenyataan umum kepada media bukan bermaksud mengelak daripada persoalan diajukan media sebaliknya beliau dan seluruh parti mengambil langkah berjaga-jaga. 

“Kita (Pas) tidak bersama media bukan kerana mengelak jauh sekali memboikot media. Malah media adalah rakan-rakan kita.

“Cuma, kadang-kadang, berdiam diri itu adalah jawapan yang terbaik untuk semua persoalan. Senyum itu juga adalah tindakan yang terbaik dalam semua situasi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya