Pas batal rancangan menghadap Sultan Perak - Utusan Malaysia

Pas batal rancangan menghadap Sultan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: PAS hari ini membatalkan rancangan untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Istana Kinta hari ini berikutan kemelut politik negeri ini.

Wakil parti itu sepatutnya mengadap baginda pada pukul 3 petang ini namun membatalkannya difahamkan setelah mendapat arahan pucuk pimpinan parti. 

Sebelum ini, Sultan Nazrin mengeluarkan titah agar ADUN Perak menghadap baginda untuk mempersembahkan pendirian masing-masing terhadap calon menteri besar yang dicadangkan UMNO.

Terdahulu pagi ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO amat yakin calon yang dikemukakan parti itu akan mendapat sokongan mencukupi untuk jawatan menteri besar. 

Ahmad Zahid berkata demikian selepas menghadap Sultan Perak pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya