Padah sogok RM250 pada polis - Utusan Malaysia

Padah sogok RM250 pada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING : Padah memberi suapan kepada polis seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas cuba menyogok dengan wang sebanyak RM250.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya (SRJ) Ops Benteng di Jalan Endau-Rompin pada pukul 5.45 petang semalam.

Katanya, lelaki itu ditahan selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki dipandu dalam keadaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta dipandu lelaki itu juga terdapat wanita berusia lebih kurang 43 tahun duduk di sebelah penumpang.

“Setelah diminta mengemukakan dokumen pengenalan diri, lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri.

“Semasa proses dokumentasi dijalankan di pondok SRJ yang sama lelaki tersebut cuba memberi wang tunai sebanyak RM250 sebagai sogokan kepada anggota polis bertugas supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, anggota polis bertugas kemudian mengambil tindakan menangkap pasangan tersebut dan merampas wang tunai terbabit untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan juga Seksyen 214 Kanun Keseksaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya