Operator kilang maut kemalangan - Utusan Malaysia

Operator kilang maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Operator kilang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Kampung Batu-Inas (Bukit Miku), dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Mohamad Nur Taufik Mohd. Azmi, 25, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Kriss Modenas yang ditunggangi mangsa dan pacuan empat roda jenis Triton.

“Siasatan awal mendapati mangsa dari Kampung Batu menghala ke Inas. Semasa sampai di tempat kejadian, mangsa telah terlanggar tiang batu maxis yang jatuh melintang atas laluan lalu hilang kawalan dan tercampak lalu dilanggar oleh kenderaan yang datang dari arah bertentangan. 

“Mangsa yang tercampak dan dilanggar disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat,” katanya, dekat sini, hari ini.

Anuar Bakri berkata, pemandu dan penumpang dalam sebuah lagi kenderaan iaitu masing-masing lelaki berusia awal lingkungan 30-an bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya