Norihan bertambah pulih, jalan guna 'walker frame' - Utusan Malaysia

Norihan bertambah pulih, jalan guna ‘walker frame’

SAHABUDIN ABD. MANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Selepas ditempatkan di wad biasa Hospital Pulau Pinang (HPP), anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Sarjan Norihan Tari, 39, tidak lagi bergantung dengan alat bantuan pernafasan dan mula berjalan menggunakan ‘walker frame’.

Norihan yang ditemani isteri dipindahkan dari unit rawatan rapi (ICU) ke wad biasa petang Ahad lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, Norihan semakin menunjukkan perkembangan yang baik selepas menjalani pembedahan membuang dua butir peluru pada perut, Khamis lalu.

“Saya juga dimaklumkan yang anggota terbabit sudah boleh berjalan dengan bantuan ‘walker frame’,” katanya kepada pemberita di sini.

Rabu lalu, Norihan dibawa ke HPP bagi menjalani pembedahan membuang tiga butir peluru iaitu dua pada perut dan satu pada tulang belakang.

Dalam kejadian pukul 3.10 pagi minggu lalu, Norihan dan seorang lagi anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkena tembakan dipercayai oleh anggota kumpulan penyeludup ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, Perlis.

Bagaimanapun, Baharuddin maut di tempat kejadian selepas ditembak pada bahagian kiri perut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya