LONDON: Negara-negara kaya dilihat ‘mengaut’ seberapa banyak dos vaksin Covid-19 menyebabkan mereka yang tinggal di negara miskin akan ketinggalan mendapatkan vaksin berkenaan.
BBC memetik kenyataan People’s Vaccine Alliance sebagai berkata, hampir 70 negara berpendapatan rendah hanya akan dapat memberi vaksin satu bagi setiap 10 orang.
Komitmen vaksin itu yang dikenal sebagai Covax, berjaya mendapatkan 700 juta dos vaksin untuk diedarkan antara 92 negara berpendapatan rendah yang telah mendaftar.
Tetapi walaupun rancangan itu dilaksanakan, People’s Vaccine Alliance – rangkaian organisasi termasuk Amnesty International, Oxfam dan Global Justice Now – mengatakan itu tidak mencukupi, dan syarikat perubatan harus berkongsi teknologi mereka untuk memastikan lebih banyak dos dihasilkan.
Analisis mereka mendapati, negara-negara kaya telah membeli dos yang cukup untuk vaksin penduduk mereka.
Sebagai contoh, Kanada, telah memesan cukup vaksin untuk melindungi setiap penduduk.