KUALA LUMPUR: Spekulasi hubungan pengacara dan pelakon popular, Neelofa dengan pendakwah, Haris Ismail yang dikatakan berantakan semakin panas apabila ada yang mendakwa mereka sudah bernikah.
Sohor kini di media sosial hari ini apabila pasangan selebriti itu dikatakan sudah bernikah di Kelantan dan telah diwalikan bapa kandung Neelofa, Mohd. Noor.
Dakwaan tersebut bertambah hangat apabila Neelofa dikatakan turut ‘menghadiahkan’ Haris RM100,000 seminggu sehingga mengumpul jutaan ringgit.
Kontroversi itu mula mendapat perhatian apabila seorang warganet memuat naik gambar dengan dakwaan sendiri berhubung spekulasi itu.
Spekulasi hubungan mereka yang dikatakan berantakan mula riuh berkicau berpunca daripada gambar yang dimuat naik oleh ahli keluarga Neelofa di Instagram yang didakwa seperti memberi ‘hint’ tentang keretakan hubungan mereka.
Rata-rata pengguna Twitter khususnya mula mencipta pelbagai spekulasi dan andaian sendiri berhubung gambar yang dimuat naik oleh ahli keluarga pengacara itu.
Nama kedua-dua selebriti itu sohor kini daripada malam tadi namun setakat ini, Neelofa dan Haris masih belum memuat naik sebarang gambar atau video sebagai jawapan kepada spekulasi yang sohor kini di media sosial.
Hubungan Neelofa dan Haris mula mendapat perhatian umum apabila mereka sering berkerjasama dalam kerja amal menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa.
Tetapi sama ada Neelofa atau Haris, masing-masing menafikan spekulasi itu sehinggalah awal November lalu apabila mereka dikatakan sudah mengikat tali pertunangan.
Namun, spekulasi yang sedang hangat dibicarakan ketika ini belum dapat dipastikan puncanya.
Rata-rata peminat Neelofa juga meninggalkan komen mendoakan agar pengacara popular itu sentiasa dalam rahmat dan kasih Illahi.