Nancy lepasi detik ‘sukar’, undian belah bahagian Motac lulus

Nancy lepasi detik ‘sukar’, undian belah bahagian Motac lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya menerusi undi belah bahagian.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undian berkata, sejumlah 109 undi menyokong, 96 tidak bersetuju manakala 15 ahli Parlimen tidak hadir.

Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi kaedah itu.

Sesi penggulungan RUU bagi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dilakukan Datuk Seri Nancy Shukri.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak  RM50 juta bagi penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan, RM20 juta untuk menambah baik dan mempromosi kampung budaya di Terengganu, Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan, dan RM10 juta untuk memelihara bangunan warisan kerajaan.

Sejumlah RM35 juta pula akan diperuntukkan untuk meningkatkan daya saing industri pelancongan kesihatan tempatan, RM1,000 buat 20,000 peniaga, penjaja, pemandu teksi, e-hailing kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya