Naikkan elaun, beri kuarters pada anggota polis - Utusan Malaysia

Naikkan elaun, beri kuarters pada anggota polis

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan supaya mengkaji semula skim gaji anggota polis.

Presidennya, Adnan Mat berkata elaun dan skim gaji anggota polis haruslah dibayar mengikut bebanan kerja yang mereka hadapi.

“CUEPACS menggesa kerajaan supaya mengkaji semula skim gaji anggota polis termasuk elaun-elaun semasa yang diterima selaras dengan cabaran semasa dalam skop kerja anggota keselamatan negara tersebut.

“Sudah tiba masanya bagi kerajaan secara serius melihat dan mengkaji semula skim gaji serta kebajikan anggota polis. CUEPACS merasakan skim gaji dan elaun semasa anggota polis tidak setimpal dengan bebanan kerja yang
ditanggung oleh anggota polis ketika ini,” katanya dalam kenyataan media.

CUEPACS telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador bagi membincangkan isu tersebut secara lebih terperinci.

Menurut Adnan, pembayaran gaji dan elaun yang setimpal boleh mengelakkan anggota beruniform daripada terlibat dengan aktiviti haram dan menyalahi undang-undang demi mendapatkan pendapatan lebih.

“CUEPACS tidak mahu disebabkan bebanan kerja yang berat dan tidak setimpal dengan gaji diterima menyebabkan anggota polis ini merasakan perlu melakukan ‘sesuatu’ yang menyalahi undang-undang.

Terdahulu, Abdul Hamid meminta kerajaan menimbang kenaikan elaun tetap perumahan untuk anggota pasukan keselamatan itu.

Adnan berkata, dalam pertemuan itu beliau turut membincangkan penambahan jumlah kuarters serta membaik pulih kuarters sedia ada bagi menjamin keselesaan anggota polis.

“Dalam pada itu, CUEPACS juga mencadangkan agar lebih banyak perumahan atau kuarters untuk anggota polis dibina pada masa akan datang.

“Kuarters-kuarters lama yang ada juga perlu diperbaiki dengan segera kerana kebanyakannya sudah tidak sesuai lagi untuk didiami. Pembinaan kawasan perumahan atau kuarters yang berhampiran dengan kawasan kerja juga boleh meningkatkan lagi kesejahteraan anggota polis,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya