Naib Ketua Armada Kota Tinggi dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Naib Ketua Armada Kota Tinggi dikhuatiri lemas

ANGGOTA Bomba sedang melakukan kerja mencari dan menyelamat mangsa lemas, Mohd. Zulfikrie Buang di jeti nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Naib Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika melakukan kerja membaiki jeti nelayan di Tanjung Balau di sini semalam.

Mangsa, Mohd. Zulfikrie Buang, 24, dipercayai tergelincir dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang.

MOHD. ZILFIKRIE BUANG

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fadli Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan kejadian itu pada pukul 5.04 petang sebelum menghantar sembilan anggota ke lokasi kejadian.

“Mangsa lemas iaitu lelaki dewasa berusia 24 tahun dipercayai telah tergelincir dari perancah semasa membuat kerja-kerja membaiki jeti.

“Kita dimaklumkan keadaan di lokasi cuaca hujan, laut berombak dan angin kuat ketika kejadian berlaku. 

“Susulan itu operasi pencarian dilakukan dipinggir pantai di tiga kawasan iaitu di jeti nelayan Tanjung Balau, Jeti Challet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya operasi turut dibantu agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya