Nadma mahu rangkaian komunikasi di pedalaman dinaik taraf - Utusan Malaysia

Nadma mahu rangkaian komunikasi di pedalaman dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan melakukan beberapa penambahbaikan terutama dalam aspek komunikasi di kawasan pedalaman bagi memastikan gerak kerja menyelamat di musim banjir berjalan lancar.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, penambahbaikan itu akan digerakkan sejurus banjir mulai surut.

“Bila berlaku banjir kebanyakan sistem telekomunikasi di kawasan itu akan terjejas sekaligus merumitkan proses perhubungan.

“Oleh itu, kita mohon pihak berkaitan khususnya syarikat pengendali telekomunikasi (telco) menempatkan pusat kawalan mereka di lokasi bebas banjir supaya jaringan perhubungan dapat terus berjalan seperti biasa,” katanya kepada pemberita di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhiyddin Yassin turun padang bertemu dengan mangsa banjir di PPS SK Gual Tinggi.

Dr. Aminuddin memberitahu, penambahbaikan dalam aspek penyediaan makanan akan turut dilakukan oleh agensi berkenaan dengan mewujudkan satu pusat masakan yang lebih sistematik.

Katanya, pusat itu akan bertindak sebagai lokasi utama penyediaan makanan sebelum diedarkan kepada mangsa banjir bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19.

Dr. Aminuddin berkata, setakat ini, Nadma berpuas hati dengan komitmen di berikan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan banjir pada saat negara berdepan Covid-19.

Katanya, beliau berharap mangsa banjir dan barisan hadapan tidak leka untuk berdepan gelombang banjir seterusnya yang dijangka bermula 27 Disember depan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya