Muhammad Aus lahir tanpa bebola mata - Utusan Malaysia

Muhammad Aus lahir tanpa bebola mata

NURUL Izzati Jaffar menunjukkan mata palsu yang perlu dipakai bayinya, Muhammad Aus Azizul yang lahir tanpa bebola mata di rumahnya di Kampung Kemumin, Kota Bharu hari ini. -UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Muhammad Aus Azizul, 6 bulan, dari Kampung Kemumin, di sini dilahirkan tanpa bebola mata kanan dan keadaan bayi itu diterima dengan reda oleh ibunya, Nurul Izzati Jaffar.

Nurul Izzati, 28, sedar, anaknya itu tidak seperti bayi lain dan terpaksa memakai mata palsu sejak berusia dua bulan, selain turut didapati mempunyai ketumbuhan di mata kiri.

Bagaimanapun, mata palsu itu dipercayai sudah tidak sesuai untuk digunakan oleh Muhammad Aus selepas matanya mengeluarkan darah kelmarin.

“Muhammad Aus perlu memakai mata palsu bagi merangsang saraf dan otot mata supaya berfungsi dengan baik meskipun tiada bebola mata asal.

“Bagaimanapun, selepas memakainya selama empat bulan, mata kanan anak saya berdarah ketika dia bangun tidur kira-kira pukul 6 pagi kelmarin,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Nurul Izzati, dia segera membawa anaknya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

“Doktor memberitahu anak saya perlu menukar saiz mata palsu. Matanya berdarah mungkin akibat proses tumbesaran sehingga menyebabkan mata palsu sebelum ini tidak sesuai,” katanya.

Ujarnya Nurul Izzati, anaknya pemegang kad orang kurang upaya (OKU) namun sehingga kini mereka masih belum menerima sebarang bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Orang ramai yang ingin membantu Muhammad Aus boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Nurul Izzati Jaffar, 03018021281076 atau menghubunginya di talian 016-951 7691. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya