MPK beri amaran 400 kilang segera lakukan pemutihan

MPK beri amaran 400 kilang segera lakukan pemutihan

AHMAD Fadzli menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan melukis anjuran MPK, di lobi MPK, Klang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kira-kira 400 kilang di daerah ini digesa membuat pemutihan segera bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, tempoh pemutihan yang diberikan adalah sehingga 31 Disember ini. 

“Bagaimanapun, sehingga kini terdapat kira-kira 400 daripada 700 kilang yang belum menghantar dokumen kepada pihak majlis dalam tempoh berbaki tujuh hari lagi. 

“Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, kita akan mengambil tindakan drastik sama ada memotong bekalan air, elektrik atau membuat sitaan,” katanya ketika menyampaikan hadiah  Program 130 untuk kategori video, fotografi dan melukis di lobi MPK, di sini hari ini. 

Terdahulu, kerajaan memberi tawaran untuk pemilik tanah dan kilang haram pulihkan (jalankan proses pemutihan) sejak 2008 lagi. 

Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terakhir pada 2018 memutuskan agar tindakan itu dipanjangkan sehingga 31 Disember 2020. 

Dalam pada itu, Ahmad Fadzli berkata, daripada 300 kilang yang menghantar dokumen pemutihan, ada sebahagian daripadanya telah mendapat keputusan dan selebihnya sedang  dalam semakan.

“Tempoh masa untuk membuat pemutihan ini sudah lama diberikan dan kita tidak akan melanjutkan tempoh kerana bimbang lebih banyak kilang haram akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

“Oleh demikian, kita meminta pemilik kilang agar berbuat demikian sebelum tamat tempoh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya