KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan tiga lagi Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi selain Kementerian Pengangkutan yang menjadi kementerian kelima melalui proses undian belah bahagian. Dalam undian berkenaan 109 wakil rakyat menyokong, 94 tidak menyokong dan 17 tidak hadir sekali gus menyaksikan Perikatan Nasional (PN) terus mendominasi ‘perlawanan’ selepas mencipta kemenangan ke-14. Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun turut mengarahkan pemerhati bagi setiap ketua blok ketika undi berbelah bahagi dilaksanakan. Setiap pemimpin blok yang membuat pengiraan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya