Menurunkan jenazah anak - Utusan Malaysia

Menurunkan jenazah anak

MUHAMMAD Syafiq Ahmad menurunkan jenazah anaknya, Muhammad Aisy Saqeef untuk dikebumikan dalam satu liang lahad bersama jenazah ibu mentuanya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai, Kampung Padang Pusing, Pendang malam ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Pemain bola sepak kebangsaan yang juga penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, selamat menguruskan pengebumian anak lelakinya, Muhammad Aisy Saqeef, yang terkorban dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Muhammad Aisy yang baharu 22 hari dilahirkan, dikebumikan dalam satu liang lahad bersama jenazah ibu mentua Muhammad Syafiq, Zainab Wahab, 46, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai, Kampung Padang Pusing, Pendang malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi ini, Muhammad Syafiq yang juga penyerang pasukan JDT terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Bakap.

Kemalangan turut mengakibatkan ibu mentua Muhammad Syafiq, Zainab dan warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an maut.

Sementara itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak, Aaira Nur Saffiya, cedera ringan manakala isterinya, Nur Amalina dilaporkan cedera parah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN