MAQIS Selangor rampas 354 kg produk babi dari Korea - Utusan Malaysia

MAQIS Selangor rampas 354 kg produk babi dari Korea

BEBERAPA kotak yang mengandungi produk babi yang dirampas MAQIS Selangor di Pelabuhan Klang Utara, Klang, Selangor Ahad lalu-UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas kira-kira 354 kilogram (kg) produk babi bernilai kira-kira RM9,400 di Pelabuhan Klang Utara, Klang, Ahad lalu.

Pengarah MAQIS Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, hasil pemeriksaan rutin di pelabuhan tersebut pada pukul 10 pagi menemukan produk babi itu di dalam beberapa buah kotak di sebuah kontena.

“Produk tersebut dipercayai untuk pasaran warga Korea yang tinggal di Malaysia dan kita sedang menjalankan siasatan berhubung perkara ini.

“Kesemua barang dagangan tersebut ditahan untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai permit import yang sah ketika kemasukan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, perbuatan mengimport barangan jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada MAQIS adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika didapati bersalah, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan terhadap pengedar produk terbabit.

“MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan mengetatkan kawalan di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,”ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya