Mangsa banjir Terengganu berkurang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Terengganu berkurang

Beberapa penduduk Kampung Jenang di Marang menaiki perahu untuk menunaikan solat Jumaat di masjid kampung itu, semalam berikutan laluan yang masih ditenggelami banjir walaupun keadaan cuaca semakin baik.-UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus berkurang kepada 1,621 mangsa berbanding 2,130 yang direkodkan petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 8 pagi ini, sebanyak 48 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di tujuh daerah dengan penutupan di Hulu Terengganu.

Katanya, mangsa tertinggi membabitkan daerah Marang dengan 527 orang diikuti Besut (359 orang), Setiu (268 orang), Dungun (166), Kuala Nerus (134), Kuala Terengganu (124 orang) dan Kemaman (43 orang).

“Dengan keadaan cuaca yang baik kita menjangkakan lebih ramai penduduk akan pulang ke rumah hari ini di samping penutupan beberapa PPS.

“Bagaimanapun, bagi penduduk di kawasan rendah yang kediaman mereka terlibat dengan banjir termenung, berkemungkinan tempoh berada di PPS lebih lama sehingga air surut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Che Adam, situasi air di kebanyakan sungai-sungai utama di negeri ini mencatatkan trend penurunan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya