Mangsa banjir di Kuala Selangor kekal 96 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Kuala Selangor kekal 96 orang

ANGGOTA APM sedang memantau lokasi banjir rumah penduduk di sekitar Kuala Selangor, Selangor, hari ini.   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kesemua mangsa banjir di daerah ini masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing demi keselamatan mereka.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, setakat ini, kesemua mangsa banjir masih kekal 96 orang setakat pukul 11 pagi tadi.

Menurutnya, pemantauan pihaknya mendapati cuaca dalam keadaan baik dan paras air mulai surut berbanding semalam.

“Namun, kita belum menerima arahan untuk menutup pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mengelak berlaku pemindahan kedua.

“Faktor ini bergantung kepada hujan dan mangsa akan dibenarkan pulang selepas keadaan dipastikan selamat sepenuhnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, semua mangsa ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Maharaja Lela.

Katanya, mangsa banjir daripada 27 keluarga itu terdiri daripada 54 lelaki dan wanita dewasa serta 30 kanak-kanak.

“Selain itu, mereka melibatkan lima warga emas, lima bayi dan dua orang kurang upaya (OKU). 

“Lokasi yang masih dinaiki air itu melibatkan 

Jalan Rezab Derahman, Jalan Tahir Manan, Jalan Parit Omar, Jalan Rizab Zazuli dan Jalan Cenderawasih,” ujarnya.

Sejak 18 November lalu, lebih 200 penduduk telah dipindahkan ke empat PPS di daerah ini selepas kediaman mereka dilanda banjir.

Banjir setinggi 0.3 meter itu turut melibatkan Kampung Seri Sentosa, Kampung Sri Aman, Kampung Parit Mahang di Ijok. -UTUSAN ONLINE

  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya