Malaysia memasuki era dam ular? - Utusan Malaysia

Malaysia memasuki era dam ular?

AHMAD SHABERY CHEEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tindakan segelintir ahli politik melompat parti yang seolah-olah semakin dihargai menimbulkan persoalan adakah Malaysia bakal memasuki era dam ular.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek suasana  politik tanah air pada masa ini seperti permainan dam ular kerana menjadi sukar diramal berbanding dahulu.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kemaman berkata, pada masa dahulu kedudukan dalam parti memerintah menentukan kedudukan seseorang dalam kerajaan tetapi keadaan kini berbeza kerana masyarakat kurang jelas parti mana yang benar-benar memerintah negara.

“Di United Kingdom permainan dam ular dikaitkan dengan nasib ahli-ahli politiknya yang setiap hari membuat percaturan serta langkah baharu untuk melangkah naik tetapi kalau terkena mulut ular terus menggelongsor ke bawah dan mengharapkan nasib baharu dengan dadu sebagai penentu.

“Dahulu politik kita agak mudah diramal tetapi sekarang kurang jelas parti mana yang benar-benar memerintah kerana kiblat kesetiaan berubah-ubah dan lompat-melompat semakin dihargai,” katanya dalam hantaran terbaharu di laman Facebook miliknya hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya