Malaysia belum berjaya melantaikan lengkung Covid-19 - Utusan Malaysia

Malaysia belum berjaya melantaikan lengkung Covid-19

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Malaysia masih belum berjaya melantaikan lengkung jangkitan Covid-19 meskipun kerajaan telah melakukan pelbagai langkah berkesan untuk menangani virus itu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan ramalan, keadaan itu dijangka berlaku sehingga tempoh agak panjang.

“Walaupun langkah diambil kerajaan sudah berkesan daripada satu sudut, kalau dibandingkan negara lain, namun, kita belum mengatasinya. Kita belum lagi melandaikan lengkung rantaian Covid-19.

“Ada orang pesan kepada saya supaya anggap Covid-19 ini biasa, macam penyakit malaria tetapi virus ini kita tidak tahu keadaannya, sebab sudah membunuh banyak manusia.

“Jadi, kita hendak keadaan seperti biasa, kita kena ingat iaitu jaga diri, jaga keluarga kita, jaga semua pihak untuk mengelakkan supaya penyakit ini dapat dikawal dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sambutan Deepavali Dewan Undangan (DUN) Gambir di Dewan Muniandy, Sagil di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, beliau sudah mengarahkan Kementerian Kesihatan membuka lebih banyak hospital sementara sebagai persediaan pertambahan kes jangkitan Covid-19 di seluruh negara. 

Katanya, beliau juga mengarahkan kapasiti katil di Pusat Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) Serdang ditambah kepada 10,000 berbanding hanya 600 sebelum ini.

“Ini semua sebagai persediaan berikutan Malaysia masih belum berjaya melandaikan lengkung kes jangkitan Covid-19 di negara ini. 

“Kes jangkitan makin tinggi terutama di Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor dan beberapa negeri lagi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya