KANGAR: Ramai tertanya-tanya peranan Majlis Syura Pas terutama ketika berdepan isu-isu besar melibatkan dasar atau sesuatu keputusan membabitkan rakan gabungan. Malah ada ‘cakap-cakap nakal’ kononnya Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ‘lebih berkuasa’ dalam menentukan sesuatu keputusan melibatkan parti. Berperanan sebagai Setiausaha Agung, memang lazimnya akan menjadi jurucakap parti, namun adakah pendirian parti itu tidak perlu melalui Majlis Syura Pas yang sedia maklum menjadi hierarki tertinggi khususnya dalam menentu sesuatu keputusan besar. Ia dapat dilihat apabila kenyataan yang dikeluarkan Pas Pusat melalui Setiausaha Agungnya baru-baru ini bahawa parti itu tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya