MAEPS kembali diaktifkan sebagai PKRC, 10,000 katil - Utusan Malaysia

MAEPS kembali diaktifkan sebagai PKRC, 10,000 katil

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk membuka semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengaktifan semula PKRC di situ berkuat kuasa mulai hari ini.

“Keputusan untuk mengaktifkan kembali PKRC 2.0 di MAEPS secara segera ini berikutan peningkatan kes Covid-19 dengan begitu mendadak sejak kebelakangan ini,” jelas beliau dalam sidang akhbar, hari ini.

Langkah itu turut disebabkan pelaksanaan program saringan pekerja asing oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan hanya menempatkan pesakit bukan warganegara.

Skop operasi PKRC 2.0 pada kali ini, jelas Ismail Sabri, bagaimanapun akan melibatkan pesakit Covid-19 dari kategori 1 iaitu tanpa gejala dan kategori 2 yang ada gejala ringan.

“Pengaktifan ini turut melibatkan pemindahan pesakit Covid-19 bukan warganegara daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Sungai Buloh, Selangor,” tambah beliau.

Beliau memaklumkan, berbanding 604 katil peringkat pertama selama tiga bulan sebelum ini, PKRC 2.0 dianggarkan akan ada kapasiti sebanyak 10,000 katil dalam tiga fasa berperingkat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya