Macau Scam: Tiga individu dipanggil berhubung dakwaan ugutan - Utusan Malaysia

Macau Scam: Tiga individu dipanggil berhubung dakwaan ugutan

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga individu dirakam keterangan berhubung dakwaan ugutan ketika siasatan berkaitan kes Macau Scam pada Oktober lalu.

Mereka yang diambil keterangan terdiri pengusaha vape, individu bernama datuk Ridzuan Abdullah dan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan awal mendapati dakwaan tersebut ada elemen ugutan dan juga fitnah.

Jadi, kata Abdul Hamid, pihaknya perlu menyiasat dahulu dengan cermat sebelum tindakan lanjut diambil.

“Setakat ini, tiga individu dipanggil buat masa ini bagi membantu siasatan,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, nama-nama pegawai SPRM yang disebut dalam laporan polis peniaga vape itu yang didakwa dipaksa membayar RM20 juta, disahkan merupakan kakitangan suruhanjaya itu.

Menurut sumber, walau bagaimanapun, kakitangan itu tidak dapat dipastikan sama ada masih dibenarkan bertugas atau diarahkan bercuti dalam tempoh siasatan pihak berkuasa.

Difahamkan, pengadu berusia 32 tahun itu ditahan di rumahnya dekat Wangsa Melawati di ibu negara pada 1 Oktober lalu oleh pegawai SPRM kerana disyaki ada kaitan dengan pengubahan wang haram yang turut membabitkan Addy Kanna dan Alvin Goh.

Selain dipaksa membayar RM20 juta, pengadu mendakwa dia diminta oleh seorang lelaki bergelar datuk dan pegawai kanan SPRM itu untuk menyerahkan dua kenderaan mewahnya bagi melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) seperti dikenakan ke atas Alvin dan Addy. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya