Macau Scam: Siasatan terhadap 29 anggota, pegawai hampir siap

Macau Scam: Siasatan terhadap 29 anggota, pegawai hampir siap

ABDUL Hamid Bador (kiri) berbual mesra dengan Abdul Latif Abdul Kadir (tengah) dan Abdul Kadir Abu Hashim selepas mengadakan Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah di Langkawi, Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Siasatan terhadap 29 pegawai dan anggota polis termasuk seorang pegawai berpangkat deputi komisioner bagi kes penipuan Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan Addy Kanna hampir siap.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan tersebut dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan dikemas kini sebelum diserahkan kepada beliau untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, tangkapan kes dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukti yang dikumpul SPRM boleh digunakan untuk mendakwa pegawai serta anggota polis jika mereka benar-benar terlibat.

Katanya, siasatan pihak SPRM sebelum ini akan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Untuk mengumpul bukti (kes penipuan Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan Addy Kanna) bukan perkara yang senang. Saya tunggu laporan penyudahnya kepada Bukit Aman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir dan Pengarah Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.  

Utusan Malaysia pada 15 Disember lalu melaporkan seramai 29 pegawai dan anggota polis termasuk seorang pegawai kanan berpangkat deputi komisioner disiasat bagi kes penipuan Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan Addy Kanna.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, semua individu itu disiasat secara menyeluruh terutama berhubung pemilikan nilai aset luar biasa berbanding jawatan dan gaji.

Beliau berkata, siasatan itu turut melibatkan seorang pegawai berpangkat inspektor yang dipercayai memiliki wang simpanan berjumlah RM1 juta.

Dalam pada itu, Abdul Hamid memberitahu, setakat ini, tiada tangkapan baharu dalam kalangan anggota dan pegawai polis bagi membantu siasatan tersebut, namun siasatan masih diteruskan lagi.

“Tunggu yang itu dulu (tangkapan), saya tidak henti di situ sahaja,” katanya.

Tambahnya, anggota dan pegawai polis yang disiasat itu dilaporkan memberi kerjasama yang baik ketika mengambil keterangan untuk direkodkan bagi melengkapkan siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya