Lulus 24 jam dalam talian untuk mohon jualan murah - Utusan Malaysia

Lulus 24 jam dalam talian untuk mohon jualan murah

ALEXANDER Nanta Linggi beramah mesra dengan anak kakitangan KPDNHEP Qaireen Amani Che Razali (kiri) dan Muhammad Syabil Qushaiyyi Samri pada Majlis Pelancaran Program Jualan Kembali Ke Sekolah di KPDNHEP, Putrajaya, di sini, hari ini.-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peniaga sudah boleh mengemukakan Notis Jualan Murah secara dalam talian melalui aplikasi My Sales Tracker jika berhasrat menjalankan kempen promosi harga diskaun.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, proses permohonan sedemikian cuma mengambil masa 24 jam untuk kelulusan.

“Ini antara inisiatif pihak kementerian bagi mempermudahkan urusan proses itu kepada para peniaga tanpa perlu datang ke pejabat dan terpaksa menunggu selama berhari-hari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Jualan Kembali Ke Sekolah berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di lobi kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan sejumlah 42,890 pihak sudah memuat naik aplikasi itu terutama pihak pasar raya dan syarikat pengeluar yang mahu menjual kelengkapan persekolahan.

Kempen potongan harga istimewa atau penurunan harga jualan, ujar Alexander, sebenarnya dianjurkan kementerian sejak 2011 dengan kerjasama erat sektor peruncitan dan pengeluar.

“Promosi aktiviti Jualan Kembali Ke Sekolah juga selaras usaha kerajaan bagi merancakkan ekonomi domestik dan membantu pengguna berbelanja pada harga berpatutan,” kata beliau.

Program rutin setiap kali akhir tahun itu ujarnya, turut dilaksanakan sekali dengan Kempen Beli Barangan Malaysia dan Program Jualan Malaysia yang dilancarkan pada 18 Julai lalu.

Menyentuh perkembangan kes kartel daging logo palsu di Johor, beliau berkata, syarikat terlibat masih disiasat dan kementeriannya turut bekerjasama dengan pelbagai agensi lain.

“Kementerian ini hanya terbabit dalam penyiasatan di bawah Akta Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 kerana kes penyalahgunaan label bagi mengelirukan pengguna,” jelas beliau..

Kes itu mula terbongkar apabila Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyerbu sebuah gudang di Taman Perindustrian Senai, Johor pada 2 Disember.

Siasatan awal agensi itu mendapati ia melibatkan taktik kartel terancang yang sudah lama bawa masuk produk daging sejuk beku haram itu dari Argentina, Brazil, China dan Ukraine.

Susulan kes gempar itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan logo halal digunakan syarikat berkenaan sebagai tidak pernah berdaftar malah, diragui statusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya