Luas peranan RISDA seiring dengan perubahan ekonomi, teknologi semasa - Utusan Malaysia

Luas peranan RISDA seiring dengan perubahan ekonomi, teknologi semasa

ABD. LATIFF AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING : Dasar Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) perlu dikaji semula dengan mengambil kira sudut fungsinya terutama dalam membangunkan pekebun kecil dan masyarakat luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, saranan itu bagi membolehkan peranan agensi berkenaan diperluaskan seiring dengan perubahan ekonomi dan teknologi semasa negara.

“Risda mempunyai kepakaran dalam pengurusan mahupun pembangunan tanaman getah dan kelapa sawit, termasuk industri sampingan kepada masyarakat luar bandar.

“Kita (kerajaan) mahu simpan bakat luar bandar itu berada di luar bandar. Kita tidak mahu luar bandar ini dihuni oleh orang tua. 

“Perlu ada bakat orang muda di luar bandar. Dengan teknologi mahupun revolusi, ini semua boleh dilakukan, sambil kita sama-sama menjaga kelestarian luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Kasihi Pekebun dan Penyampaian Zakat Risda di Kampung Tanjung Tuan, di sini hari ini. 

Dr. Abd Latiff berkata, jika penstrukturan semula dasar itu dimurnikan dan dikemaskini beliau yakin lebih ramai mereka yang berada di luar bandar akan dapat menikmati manfaatnya.

“Lembaga Risa bekerjasama dengan kementerian duduk bersama, untuk melihat cadangan ini, kita panggil semua stakeholder (pemegang taruh), kita dengar. 

“Kalau sudah siap, kita bawa ke peringkat kementerian, kabinet, kalau ada perubahan kepada akta sedia ada, kita ubahlah, bawa ke parlimen, perlu bersesuaian dengan pasca Covid-19.

“Perubahan yang dilakukan juga perlu secara menyeluruh, pada masa sama melihat daripada segi sekuriti makanan dan keselamatan makanan, sekali gus meningkatkan impak tinggi ekonomi kepada masyarakat,” katanya

Terdahulu pada program berkenaan, Risda dengan kerjasama Yayasan Risda turut menyampaikan zakat berjumlah RM66,400.

Zakat diserahkan kepada 60 penerima terdiri daripada masyarakat orang asli dalam kalangan asnaf fakir, miskin dan mualaf, selain dua madsarah tahfiz serta sebuah masjid di Mersing. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya