LRT Komtar- Bayan Lepas: Kerajaan negeri tak putus asa - Utusan Malaysia

LRT Komtar- Bayan Lepas: Kerajaan negeri tak putus asa

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan negeri tidak akan berputus asa dan akan meneruskan pelaksanaan projek transit aliran ringan (LRT) Komtar-Bayan Lepas di sini seperti dirancang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana kerajaan negeri mempunyai beberapa pilihan kewangan lain bagi membiayai projek-projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang.

Katanya, kerajaan negeri akan akan terus menyuntik keyakinan Kerajaan Persekutuan untuk memberi keutamaan terhadap pembiayaan projek LRT itu serta layanan setimpal kepada negeri ini.

“Kita kesal kerana Kementerian Kewangan telah tiga kali menyatakan pendirian menolak permohonan kerajaan negeri mendapatkan pinjaman serta jaminan berjumlah RM2 bilion bagi membiayai projek LRT itu walaupun projek tersebut begitu penting terhadap pembangunan ekonomi negeri ini.

“Saya ingin mengingatkan Kementerian Kewangan dan kerajaan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan menerusi suratnya kepada saya bertarikh 1 Oktober tahun lalu bahawa bon-bon oleh kerajaan negeri berhubung projek itu akan dijamin Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan Pusat baru-baru ini memutuskan untuk membatalkan pinjaman RM2.4 bilion dengan sebuah bank serantau yang perlu dijaminnya bagi membiayai projek LRT Pulau Pinang.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sekiranya jaminan itu diteruskan, kerajaan menanggung beban fiskal yang akan mempengaruhi usaha memulihkan ekonomi yang terkesan kerana pandemik Covid-19.

Projek pembinaan LRT Komtar-Bayan Lepas adalah sebahagian daripada PIP dan sepatutnya bermula dalam masa terdekat.

Jaluran rel bagi projek LRT itu meliputi 27 stesen bermula dari Komtar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan tiga lagi kawasan membabitkan pulau-pulau tebus guna di selatan Pulau Pinang sepanjang 29.5 kilometer dengan anggaran kos RM8 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya