Longkang, parit tertimbus punca banjir termenung - Utusan Malaysia

Longkang, parit tertimbus punca banjir termenung

Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kanan) melihat longkang besar yang tidak diselenggara dengan baik di Pasir Tumboh, Kota Bharu hari ini -UTUSAN/ ROHANA MOHD NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Longkang dan parit tertimbus akibat pembinaan rumah penduduk tempatan dikenal pasti sebagai punca berlakunya banjir termenung di beberapa kawasan di daerah ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selain itu, sistem perparitan dan saliran yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi penyebab kepada kejadian tersebut.

Kata beliau, masalah itu sedang diatasi sebaik mungkin termasuk membina longkang besar bagi mengalirkan air banjir dari setiap kawasan terbabit.

“Saya dapati masalah banjir termenung yang dihadapi penduduk berpunca daripada longkang yang tidak diselenggara dengan baik.

“Ada kawasan tertentu, air tidak dapat mengalir kerana tidak ada parit yang sudah tertimbus akibat projek pembinaan rumah di kawasan berkenaan, ” katanya selepas membuat tinjauan di Taman Desa Wangi, Pasir Tumboh, di sini hari ini.

Kawasan perumahan tersebut merupakan antara lokasi yang sering berlaku fenomena banjir termenung di daerah ini setiap kali musim tengkujuh tiba.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, penduduk tidak boleh sewenang-wenang menimbus parit atau longkang sedia ada apabila mahu membina rumah.

“Saya akan bincang dengan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) negeri dan daerah untuk mencari jalan penyelesaian kepada isu ini,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya